Selasa, 9 Julai 2019

Assalamualaikum kekasih hati


Assalamualaikum kekasih hati,
Dirimu hadir dalam hidupku seperti cahaya,
Hatiku berirama indah seperti rama-rama,
Mendambakan suatu perasaan bernama cinta,

Assalamualaikum pendamping diri,
Tak pernah ku bayangkan,
Kau tawarkan genggaman,
Mengubati luka di hati,

Assalamualaikum peneman kesunyian,
Kau hadir menghiasi mimpiku,
Disaat aku pasrah dengan cintaku,
Kau datang penuhi takdirku,

Assalamualaikum cinta sejati,
Perasaan ini tidak mungkin aku lupakan,
Kita akan bersama melalui jambatan dunia,
Mendambakan syurga yang kekal abadi.

Jumaat, 8 Jun 2018

Terpilih menjadi tetamu Allah Swt

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Berapa ramai agaknya diantara kita yg meletakkan impian untuk ke tanah suci Makkah dan Madinah sebelum menjelajah ke negara lain? Sejujurnya saya tidak. Dalam wishlist saya, saya memang teringin nak pergi ke negara ‘omputih’ sebab nak rasa pengalaman 4 musim. Dulu saya ade terdetik nak ke Makkah tetapi selalu minda saya kata “ aduh mahal lah, mana cukup duit aku”. Astaghfirullahalazim, jahilnya aku!

Dalam entry saya sebelum ni, saya ade menulis tentang kebahagian pada tahun 2018. Semuanya bermula apabila Mak saya bagitawu bahawa kami akan menunaikan ibadah umrah pada bulan April. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! Saya tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan tu. Sedih, gembira, gementar. Menitis air mata saya masa tu, Allahu.

Saya terfikir waktu itu, saya tidak lah betul2 berazam hendak ke tanah suci sebelum ni. Mungkin lebih ramai hambaNya yg lain bersungguh2 hendak ke sana tapi masih tidak berkesempatan. Mashaallah, baru saya sedar rupanya Allah yg pilih saya. Bukan sebab saya ade duit, ade masa tapi sebab Allah Maha Baik yg pilih saya menjadi tetamuNya.

Alhamdulillah, syukur Ya Rabbi kerana sejak dari saat itu aku mula memperbaiki diriku yg hina dan lemah ini. Sejak dari saat itu jugak lah aku mula merasa kebahagiaan dan ketenangan yg aku cari selama ini. Ya Allah Azza Waa Jallah, sampai ke harini pun aku masih teringat Engkau yg memilih aku untuk merasai keindahan ini. Aku yakin ade kebaikan yg ingin Engkau berikan kepada hambaMu yg hina ini, Allahu Ya Rahman Ya Rahim.

Inshaa allah, dalam entry yg seterusnya saya akan kongsi mengenai keindahan dan pengalaman saya semasa di Tanah suci Makkah & Madinah. Ape yg ingin saya ceritakan hanya lah semata2 untuk berkongsi segala keindahan yg saya rasai di atas kebaikan daripada Allah Swt. Saya yakin mereka yg telah dipilih menjadi tetamu Allah pasti faham dengan keindahan yg saya maksudkan. Tetapi yg sebenarnya saya harap perkongsian saya nanti dapat dirasai oleh mereka yg masih belum dipilih Allah. Saya ingin berkongsi keindahan itu sehingga berbekas dihati mereka dan semoga bertambah kuat azam mereka untuk menjejaki ke bumi berkahMu, Insha Allah.

Sungguh aku rindu pada bumi Makkah & Madinah Ya Alim.  Perasaan rindu ini yang amat aku sukai.
Terima kasih Ya Allah, Alhamdulillah!

Khamis, 7 Jun 2018

Lailatul Qadar dambaan hambaNya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, Allah yang bersifat Maha Baik masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumiNya. Aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang aman dan selesa.
Sedangkan ada hambaNya yg lain tidak sebertuah aku. Syukur Ya Rabbi.

Harini kita dengar ramai bercakap dan berkongsi mengenai kelebihan malam lailatul qadar terutama sekali di media sosial. Mashaallah, semoga Engkau memberi pahala kepada mereka yg berusaha mengingatkan orang sekeliling mereka. Engkau yang memiliki sifat sabar Ya Allah, aku memohon kesabaran dariMu untuk terus berusaha mencari keredhaaanMu. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagi aku mahupun hambaMu yg lain, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Beri aku kekuatan untuk terus istiqomah Ya Rahman Ya Rahim.

Sedang kita mencari lailatul qadar dalam bulan Ramadhan ini, saya berdoa agar saya diberi kekuatan oleh Allahu Ya Qawiy untuk terus istiqomah pada bulan2 yang seterusnya. Ya memang betul, semua sedang kejar lailatul qadar tapi tanpa kita sedar kita kurang menjaga akhlak atau amal maaruf kita seperti tidak menjaga aurat dan tidak menjaga tutur kata. Sedangkan perkara itu yang harus kita jaga dan amalkan sepanjang hidup kita ini.

Semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk diberi taufiq dan hidayah agar terus istiqomah memperbaiki iman kita walaupun Ramadhan telah berlalu pergi. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberi aku peluang untuk terus sujud padaMu. Allahuakbar!

Saya ingin kongsi doa yang selalu kita baca pada Allah semasa duduk antara dua sujud dalam solat.
Yang mana maksudnya, “ Ampunkan aku, Rahmati aku, Tutuplah aibku, Angkatlah darjatku, Murahkan rezekiku, Berikan HidayahMu, Sihatkan aku dan Maafkan aku”
Sesungguhnya besar makna doa ini bagi mereka yg memahami. Inshaa Allah, semoga harini ada yg mendapat kebaikan daripada perkongsian ini.

Semoga ape yg kita hajati akan Allah kabulkan. Sesungguhnya Allah itu bersifat Al Mubeen.
Salam Jumaat, Salam 23 Ramadhan sekalian muslimin dan muslimat. Astaghfirullah almukminin walmukminat.

Kehilangan kasih seorang ayah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur Ya Rabbi, kerana aku lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang sempurna. Memiliki Mak, Bah dan adik beradik yg sangat istimewa dihati aku. Kau yang Maha Baik, Engkau memberi aku kelebihan disaat ramai hambaMu diluar sana tidak mendapatkan kasih sayang seorang ibu atau ayah. Sesungguhnya sifat Ar-Rahman Mu itu telah Engkau berikan kepada sesiapa saje yg Engkau kehendaki.

Saat aku leka dengan keindahan dan nikmat dunia ini Ya Allah, Engkau tarik semula pinjamanMu itu. Pinjaman yg sangat bermakna dalam hidup aku iaitu seorang Ayah. Allahuakbar, tiada siapa boleh menentang kekuasaanMu itu. Aku akur Ya Rabb, Engkau tarik insan kesayanganku kerana mahu menguji aku ataupun mahu aku sendiri mengingati bahawa kematian itu semakin hampir.

Setahun dah berlalu. Bah, rindunya hati ini pada gelagat, nasihat, usikan dan budi bicara Bah. Yang paling dirindukan oleh aku ialah saat menyalam dan mencium tangan Bah. Allahuakbar, sungguh aku rindu!

Tapi dalam aku meniti kehidupan tanpa kasih dan bimbingan dari Bah, aku bukan lagi diri aku yang dulu. Sifat marah, stress merajai hati aku sehingga kadang2 aku lupa yg Engkau sedang menguji diriku. Aku lupa dan merungut dengan tanggungjawab yg aku perlu galas untuk keluarga selepas kepergian Bah. Sedangkan tanggungjawab itu adalah amanah dariMu Ya Allah. Astaghfirullahalazim, ampunkan diriku Ya Ghaffar.

Yang Maha Lembut, Maha Penyayang, Maha Mengasihani itu adalah sifatMu Ya Allah. Dalam aku sibuk mengejar cinta manusia dan duniawi ini, aku terlupa akan cinta yang kekal abadi yakni Cinta 
Engkau Yang Maha Agung. Allahuakbar!

Disaat aku melihat sahabat2 ku nikah berwalikan ayah mereka, Ya Allah bahagianya mereka. 
Tapi aku tahu, itu kelebihan yang Engkau berikan pada mereka. Engkau lebih menyayangi Bah, oleh sebab itu Engkau tak nak Bah berpenat2 lagi di dunia yang menipu ni. Aku redha atas kepergianmu pada Sang Pencipta.

Buat Bah yang aku cintai dan rindui, semoga tenang disisi Allah Swt. Doaku semoga kita sekeluarga akan bersatu kembali di Syurga Illahi. 


Bila pintu hatiku diketuk...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah, harini pintu hati saya diketuk untuk menulis entry di blog ni.
Pertama sekali, saya bukan ustazah, bukan si bijak pandai yg pandai berkata2 atau berpidato.
Saya cuma wanita biasa yg lemah lagi hina disisi Yang Maha Agung, pencipta sekalian alam.

Mengapa pada tahun ini, pada usia sebegini baru terbit rasa di hati untuk menulis entry ini?
Subhanallah, ini semua perancangan Allah Swt untuk saya. Allah yg mengetuk pintu hati saya. Mungkin kebaikannya bukan untuk saya seorang tapi semoga ade kebaikan dan manfaat bagi sesetengah insan di luar sana.

Alhamdulillah syukur Ya Rabbi, setelah berakhirnya tahun 2017 yg penuh dukacita, Engkau gantikan aku dengan tahun 2018 yg penuh dengan ketenangan, kebahagiaan, kekuatan dan kesabaran. Benarlah janjiMu di dalam surah Al-Insyirah, bahawa seseungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Dan kau sangat menyukai hambaMu yg paling bersabar.

Sebagai entry pertama saya, saya mendoakan agar kita semua dipilih untuk mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah yang Maha Esa, Inshaa Allah. “Astaghfirullah almukminin almukminat”.Terima kasih buat insan yg mengajarkan saya zikir ini, iaitu zikir pengampunan bagi sekalian muslimin dan muslimat.

Salam 21 Ramadhan buat sekalian hamba Allah.
Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim.