Khamis, 7 Jun 2018

Lailatul Qadar dambaan hambaNya

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, Allah yang bersifat Maha Baik masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumiNya. Aku masih berpeluang menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang aman dan selesa.
Sedangkan ada hambaNya yg lain tidak sebertuah aku. Syukur Ya Rabbi.

Harini kita dengar ramai bercakap dan berkongsi mengenai kelebihan malam lailatul qadar terutama sekali di media sosial. Mashaallah, semoga Engkau memberi pahala kepada mereka yg berusaha mengingatkan orang sekeliling mereka. Engkau yang memiliki sifat sabar Ya Allah, aku memohon kesabaran dariMu untuk terus berusaha mencari keredhaaanMu. Mungkin ini Ramadhan terakhir bagi aku mahupun hambaMu yg lain, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui. Beri aku kekuatan untuk terus istiqomah Ya Rahman Ya Rahim.

Sedang kita mencari lailatul qadar dalam bulan Ramadhan ini, saya berdoa agar saya diberi kekuatan oleh Allahu Ya Qawiy untuk terus istiqomah pada bulan2 yang seterusnya. Ya memang betul, semua sedang kejar lailatul qadar tapi tanpa kita sedar kita kurang menjaga akhlak atau amal maaruf kita seperti tidak menjaga aurat dan tidak menjaga tutur kata. Sedangkan perkara itu yang harus kita jaga dan amalkan sepanjang hidup kita ini.

Semoga kita semua dipilih oleh Allah untuk diberi taufiq dan hidayah agar terus istiqomah memperbaiki iman kita walaupun Ramadhan telah berlalu pergi. Terima kasih Ya Allah kerana Kau masih memberi aku peluang untuk terus sujud padaMu. Allahuakbar!

Saya ingin kongsi doa yang selalu kita baca pada Allah semasa duduk antara dua sujud dalam solat.
Yang mana maksudnya, “ Ampunkan aku, Rahmati aku, Tutuplah aibku, Angkatlah darjatku, Murahkan rezekiku, Berikan HidayahMu, Sihatkan aku dan Maafkan aku”
Sesungguhnya besar makna doa ini bagi mereka yg memahami. Inshaa Allah, semoga harini ada yg mendapat kebaikan daripada perkongsian ini.

Semoga ape yg kita hajati akan Allah kabulkan. Sesungguhnya Allah itu bersifat Al Mubeen.
Salam Jumaat, Salam 23 Ramadhan sekalian muslimin dan muslimat. Astaghfirullah almukminin walmukminat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan